Akaun masjidsaujanapuchong.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Infaq Masjid Saujana Puchong

  • Assalamualaikum w.b.t tuan puan yang dirahmati Allah S.W.T

    Terlebih dahulu kami mengucapkan syukur di atas kesudian pihak tuan puan untuk melawat page ini dan berniat untuk berinfak bagi meneruskan pembinaan Masjid Saujana Puchong ini.

    Untuk pengetahuan tuan puan, pembinaan masjid ini adalah untuk membolehkan para penduduk di sini lebih selesa untuk menunaikan solat Jumaat dan aktiviti-aktiviti kerohanian yang berkaitan.

    Surau Nurul Iman yang terletak di SP8 telah di naik taraf beberapa kali, tapi masih tidak mampu menampung jumlah jemaah yang kian bertambah, maka dengan sebab itu,  pihak penaja masjid Saujana Puchong telah mengusahakan pembinaan masjid yang lebih besar dan moden untuk kegunaan dan keselesaan penduduk di sini.


Status Pembinaan : 55% pada 5 Apr 2024

  • Peringkat akhir penyediaan 3 unit kubah masjid
  • Menaik batu dan plaster struktur dinding, wiring elektrik
  • Struktur saluran paip, pembentungan dan longkang
  • Membina menara masjid


-Tarikh mula pembinaan : 15 Julai 2022
-Tarikh dijangka siap: Okt 2024 (Fasa-1)

 **Utk Fasa-2 bermula ia bergantung dari Dana yg ada selepas Fasa-1 siap (dimaklumkan kelak)

Kemaskini dana yang masih diperlukan mengikut kategori seperti berikut:
Kos keseluruhan : RM 16.5juta ;
Fasa-1 : RM9.8 Juta (Dalam Pembinaan)
Fasa-2 : RM6.7 Juta (Belum Bermula)


Dana yang masih diperlukan mengikut kategori:
1. Bangunan Masjid: RM2.4 Juta (dari jumlah keseluruhan RM9.8juta)
2. Prasarana Masjid: RM6.7 Juta (mendirikan Dewan, Kuarters petugas dan Kios )

Jumlah keseluruhan yg diperlukan: RM9.1 Juta (anggaran)


Pihak jawatankuasa telah mengadakan Program bagi promosi Kutipan Dana Pembinaan Masjid Saujana Puchong. Program ini telah disiarkan di Program MHI TV3 pada 21 Mac 2024

Suasana Solat Jumaat di Surau Nurul Iman SP8 - Surau yang tidak mampu menampung jemaah yang semakin bertambah walaupun telah dibuat ruang tambahan di bahagian depan yang menyebabkan imam solat jumaat perlu bergerak dari mimbar (di ruang asal) kat saf imam (di ruang tambahan di bahagian depan

.


Masjid yang dinantikan selama lebih 10 tahun.. Rasa sudah dekat tapi jauh...















    AYUH KITA BERINFAQ & MENDERMA SEKARANG:
    Bermula nilai serendah RM10 untuk diinfaq, wakaf atau sedekah dari tuan/puan sangat besar maknanya ke jalan agama Allah.  Marilah bersama-sama kita ambil peluang untuk berinfak, berwakaf & bersedekah.
    Semoga segala sedekah dan amal jariah tuan/puan ini dapat menjadi saham akhirat kita jua. InsyaAllah...  


    Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurniakan pahala serta kedudukan di syurga.  Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW:
    “Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

    Nota Tambahan:
    Bagi sumbangan infaq RM300 ke atas, melayakkan peserta menerima pelepasan cukai pendapatan  melalui  Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) .  Resit softcopy dalam bentuk PDF akan dihantar melalui email (anggaran 5-10hari)
    Sila pastikan memberikan maklumat Nombor KP  dan alamat untuk meneruskan dengan urusan pengeluaran resit wakaf.



    Semoga Allah membalasnya dengan seribu kebaikan

     

    Jom  ▶️ •L I K E | F O L L O W | S H A R E •

    Biro Komunikasi Dana Pembinaan Masjid Saujana Puchong

     

    http://www.fb.com/MasjidSaujanaPuchong



    Semoga Allah membalasnya dengan seribu kebaikan